Tuesday, July 20, 2010

pening kepala-edisi bahasa malaysia

selamat tengah hari.
saya sudah makan tengah hari, anda bagaimana pula?
menu hari ini ialah nasi ayam.
sangat lazat, bertemankan air suam.

saya sudah lali menjamu selera berseorangan.
saya bukan sombong, cuma telah disombongkan (oleh mereka yang mengabaikan kewujudan saya).

pada pendapat anda, mengapa penulis blog enggan approve blog?
adakah kerana mereka sombong?
ataupun mereka tidak dapat menerima kritikan membina?
saya faham kalau mereka enggan mengemukakan komen yang berisi carutan, tetapi ini kan pula komen yang biasa sahaja.

saya agak kecewa.
jejaknya kaki mereka membuka akaun blog, mereka perlu bersedia untuk dikritik.
kiranya seperti mereka berada di mata masyarakat umum.

sekian untuk petang ini dan juga hari ini.
untuk minggu ini, siapa sahaja yang tahu kalau saya ingin menulis lagi.

Assalamualaikum.

kata akhir-sudah 2 hari saya cuba untuk menulis sesuatu yang lucu berbaur lucah. tapi otak saya enggan bekerjasama. mengapa? inikah yang dinamakan halangan penulis (writers block)? apa-apa jelah. saya rasa saya handal meluahkan isi otak dalam bahasa melayu. sekian

2 comments:

scOotBerry said...

gila lawak ah base melayu kamu~ dah2.pasni tulis lam bi jek~ lagi best bace.haish~

Anonymous said...

gunakanlah bahasa kebangsaan kita
marilah amalkan ramai2
bahasalah menyatukan kita semua
yakinlah bahasa jiwa bangsa